Panduan Berpantang Untuk Ibu Yang Anaknya Ada G6PD,

kalau anak kena G6PD, ibu tak boleh main hentam makanan sewaktu berpantang? Maknanya pemakanan yang perlu diambil perlu lebih berhati-hati sebab takut kesannya pada anak.
Haaa... sebenarnya G6PD Defiency ini bukan satu penyakit tetapi ia adalah kekurangan satu enzim Glucose-6-Phosphate Dehydrogenase yang terdapat dalam sel darah merah. Kekurangan enzim ini akan menyebabkan sel darah merah pecah (hemolisis) bila terdedah kepada ubat, makanan atau jangkitan penyakit tertentu.
Selepas kelahiran bayi, darah daripada tali pusat akan diuji untuk mengetahui samada bayi ada G6PD defiency atau tidak. Kebanyakan bayi lelaki kekurangan enzim ini. Mereka boleh kena penyakit kuning yang tinggi dalam masa yang singkat. Biasanya bayi G6PD defiency akan ditahan untuk pemerhatian doktor.
Namun jangan risau, walaupun bayi ditahan, anda masih perlu berpantang untuk memulihkan kembali dalaman anda.
Panduan Berpantang Untuk Ibu Yang Bayinya G6PD Defiency

Resepi Berpantang

Herba yang bersifat panas dan boleh menyebabkan kuning naik seperti lada hitam dan halia hanya boleh diambil selepas bayi bebas daripada kuning. Kalau ibu nak ambil sebelum tu, kena tengok penerimaan bayi. Najis dia ok ke tak.
Ada sesetengah petua orang lama, kunyit pun tak boleh. Makan ikan yang cuma diletak garam dan lada hitam sebab kunyit pun tak boleh.
Pakaian anak juga kena jaga, tak boleh pakaikan anak baju, cadar, tuala  dan segala benda warna kuning. Ada yang kata karut tapi kalau nak selamat, ikut petua ini pun tak salah.

Amalan Tradisional

Jangan ingat anda payah dengan anak, anda tak boleh berurut, bertungku dan berbengkung ya. Tetap kena buat!
Andai kata anak kena kuning teruk, mestilah anda kena tahan hospital. Jadi eloklah tunggu kuning turun sedikit dulu, kemudian ambil peluang untuk berurut. Malam-malam sebelum tidur, jangan lupa berbengkung dulu ya!
Kemudian ibu tetap kena bertungku ya, kalau boleh pagi dan malam. Barulah perut cepat kempis.

Bab Jamu

Ibu yang ada G6PD defiency tak boleh ambil set berpantang berasaskan jamu ya. Kena cari set berpantang jenis lain, yang ada khasiat sama seperti vitamin dan elok ambil ubat di hospital.
Kalau bayi anda ada G6PD Defiency jangan culas untuk berpantang. Elakkan penggunaan jamu di awal kelahiran. Sebaiknya dapatkan Set Berpantang yang semulajadi dan tiada bahan kimia yang boleh memudaratkan bayi anda

BERMINAT DGN BEDSHEET, 
nk beli secara 1 dgn harga borong 

boleh whatpss kepada 0196111132.- yati 

Comments